TikTok 'diharamkan' di Amerika - Utusan Malaysia

TikTok ‘diharamkan’ di Amerika

APLIKASI TikTok didakwa digunakan Beijing untuk tujuan jahat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mahu aplikasi TikTok disekat di negara ini selepas pihak berkuasa meningkatkan kebimbangan perkhidmatan media sosial itu didakwa menjadi alat risikan China.

Pelbagai pihak termasuk anggota Kongres turut menyuarakan perkara sama dengan mendakwa TikTok digunakan Beijing untuk tujuan jahat.

Perkara itu bagaimanapun dinafikan syarikat berkenaan dan menolak sebarang kaitan dengan China.

Bercakap kepada wartawan di Air Force One, Trump berkata: “Sebagaimana yang didakwa mengenai TikTok, kami akan menyekat TikTok dari negara ini.”

Katanya, tindakan segera akan dilakukan menggunakan perintah darurat ekonomi atau perintah eksekutif bagi melaksanakan larangan itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya