Siapa kata Covid berasal dari China? - Utusan Malaysia

Siapa kata Covid berasal dari China?

WANG Yi berlaga siku dengan Menteri Luar Norway, Ine Eriksen Soreide ketika lawatan ke Oslo. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OSLO: Menteri Luar China, Wang Yi menegaskan penularan koronavirus belum dapat dibuktikan bermula atau ‘berasal’ dari China.

Kenyataan tersebut menim­bulkan keraguan terhadap pandangan pakar kesihatan dan negara-negara luar.

Bercakap dalam lawatan ke Norway, beliau berkata, ketika China adalah negara pertama melaporkan jangkitan virus itu kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ‘itu tidak bermakna virus tersebut berasal dari China’.

“Sebenarnya selama beberapa bulan ini, kami telah melihat laporan menunjukkan virus itu muncul di pelbagai bahagian di dunia, dan mungkin muncul lebih awal daripada China,” katanya seperti dilaporkan Reuters.

Pihak berkuasa kesihatan di bandar Wuhan, China melaporkan kes pertama Covid-19 pada Disember lalu dan kematian pertama awal tahun ini.

“Di manakah virus itu pertama kali bermula dan bagaimana bermula harus diserahkan kepada para saintis dan pakar perubatan menentukannya.

“Ini tidak boleh dipolitikkan atau dibuat tanggapan-tanggapan tertentu,” katanya.

Penegasan pemimpin itu sekali gus sebagai ‘teguran’ kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang menggambarkan koronavirus sebagai ‘virus China’.

Sementara itu, hampir 5,800 orang yang disyaki membunuh petugas kesihatan, menjual peralatan perubatan yang rosak dan berbohong mengenai sejarah perjalanan ditahan di China kerana jenayah berkaitan wabak itu sejak Januari lalu.

Satu kes melibatkan seorang pembeli yang memukul pe­langgan lain hingga mati kerana tidak memakai topeng di pasar raya dan ada yang dituduh menggelapkan wang dikumpul untuk membantu pesakit koronavirus.

“Dari Januari hingga Julai, 5,797 orang ditangkap dan 6,755 dijatuhkan hukum,” kata Pejabat Pendakwaraya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya