Sesi sekolah guna walkie-talkie - Utusan Malaysia

Sesi sekolah guna walkie-talkie

MURID SMPN 3 Satap Punik di Nusa Tenggara Barat tidak perlu ke sekolah dan hanya belajar dari rumah menggunakan walkie-talkie. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MATARAM: Proses pembelajaran jarak jauh yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan susulan Co­vid-19 menimbulkan masalah di kawasan yang tidak mempunyai isyarat siaran televisyen dan internet.

Namun, itu tidak menghalang sekolah di mukim Batu Lanteh di wilayah Sumbawa, SMPN 3 Satap Punik meneruskan sesi pem­belajaran seperti biasa menggunakan radio komunikasi dua arah atau walkie-talkie.

BBC Indonesia melaporkan, guru sekolah tersebut, Hafsah berkata, walkie-talkie digunakan untuk berkomunikasi de­ngan anak murid­nya yang berada di rumah semasa sesi pembelajaran berlangsung.

Kawasan tersebut tidak mempunyai isyarat telefon serta internet bagi membolehkan ‘sekolah jarak jauh’ dilaksanakan.

Murid sekolah berkenaan, Rima Letisya Olivia berkata, dia berasa selesa belajar menggunakan gajet berkenaan.

“Tapi, saya berasa sedih kerana tidak dapat berjumpa rakan-rakan sekolah, namun masih bersyukur kerana dapat belajar,” katanya.

Penggunaan walkie-talkie dalam sesi pembelajaran itu merupakan idea guru besar sekolah tersebut, Ibrahim.

Ibrahim berkata, sebelum ini para guru akan mengajar di rumah anak murid namun langkah pencegahan Covid-19 menjadi penghalang.

Dia pernah terfikir menggunakan telefon bimbit biasa namun khuatir cara itu tidak berkesan kerana isyarat telefon yang tidak kuat.

Selain itu katanya, tidak semua penduduk mampu membeli telefon bimbit.

“Saya mendapat idea menggunakan walkie-talkie.

“Guru serta ibu bapa menyambut baik idea tersebut,” katanya.

Awalnya, para guru serta penduduk mengumpul dana dan membeli 40 unit walkie-talkie untuk kegunaan pembelajaran.

Ketika ini, sekolah tersebut mempunyai 69 walkie-talkie termasuk yang digunakan guru.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya