MOSCOW: Presiden Vladimir Putin berkata, Rusia menjadi negara pertama di dunia meluluskan vaksin Covid-19 selepas kurang daripada dua bulan menjalankan uji kaji, langkah yang didakwa Moscow sebagai bukti kecekapan saintifiknya.
Reuters melaporkan, bagaimanapun vaksin itu perlu menjalani ujian terakhir tetapi konglomerat Sistema menjangkakan dapat mempercepatkan pengeluaran besar-besaran vaksin berkenaan akhir tahun ini.
Sumber memberitahu, petugas kesihatan yang merawat pesakit Covid-19 akan diberi peluang diberi vaksin dalam beberapa minggu akan datang.
Vaksin itu akan dipasarkan dengan nama ‘Sputnik V’.
Putin berkata, vaksin itu dibangunkan Institut Gamaleya dan selamat digunakan.