Presiden, PM Mali ‘diculik’ pemberontak - Utusan Malaysia

Presiden, PM Mali ‘diculik’ pemberontak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAMAKO: Presiden Mali, Ibrahim Boubakar Keita ditahan tentera pemberontak, jurucakap kerajaan mengesahkan perkara itu kepada BBC.

Perdana Menteri, Boubou Cisse turut ditahan biarpun terdapat rundingan awal diadakan dialog aman.

PRESIDEN (kiri) dan Perdana Menteri Mali ditahan pemberontak di Bamako. – AGENSI

Percubaan rampasan kuasa di negara Afrika Barat itu bermula dengan serangan tembakan di kem tentera dekat sini, pagi semalam.

Di ibu kota, golongan pemuda membakar bangunan-bangunan kerajaan.

Rusuhan berlaku selepas desakan meminta Presiden meletak jawatan.

Ibrahim Boubakar menang penggal kedua pilihan raya pada 2018 tetapi mencetuskan kemarahan rakyat ekoran tuduhan rasuah, salah guna kuasa dan keadaan keselamatan yang semakin buruk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya