BAMAKO: Selepas beberapa jam ‘diculik’ tentera pemberontak, Presiden Mali, Ibrahim Boubacar Keita mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa serta-merta.
Beliau sebelum itu ‘diculik’ bersama Perdana Menteri, Boubou Cisse.
Ibrahim Boubacar membuat pengumuman tersebut menerusi siaran rasmi televisyen termasuk pembubaran kerajaan dan Kabinet.
Beliau berkata, tindakan itu dilakukan bagi mengelak berlakunya pertumpahan darah di dalam negara. – AFP