BEIRUT: Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab dilaporkan telah memaklumkan kepada Presiden Michel Aoun untuk meletak jawatan.
Al Arabiya melaporkan, berita mengejutkan itu susulan dua menteri iaitu Menteri Undang-undang dan Menteri Kewangan meletak jawatan hari ini.
Sebelum ini dua menteri dan sembilan ahli Parlimen bertindak sama ekoran kejadian letupan di pelabuhan Beirut.
Bagaimanapun mesyuarat Kabinet dijadual diadakan petang ini.