Peranan wanita di Mekah ditingkatkan - Utusan Malaysia

Peranan wanita di Mekah ditingkatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Ketua Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci melantik 10 wa­nita memegang jawatan pe­mimpin kanan dalam pengurusannya.

Arab News melaporkan, pelantikan itu dibuat sebagai usaha ‘memperkasa golongan wanita dalam pentadbiran, selain menjadi subjek penting membangunkan ekonomi serta sosial’.

Mereka yang dilantik itu akan menyokong proses kreativiti serta standard tinggi bagi membentuk kepemimpinan yang baik.

Jurucakap Dua Masjid Suci, Kamelia al-Daadi berkata, pelantikan tersebut meliputi semua bidang kepakaran dan perkhidmatan yang disediakan.

“Antaranya jabatan yang menguruskan kain Kaabah atau Kiswa, perpustakaan, galeri dan beberapa perkhidmatan untuk golongan belia,” katanya.

Timbalan Presiden Kompleks Sultan Abdul Aziz untuk Kiswa Kaabah, Pameran dan Muzium, Abdul Hamid al-Maliki berkata, hampir separuh jemaah di Masjidilharam adalah golongan wanita dan penglibatan pe­mimpin daripada golongan itu mampu meningkatkan tahap perkhidmatan yang disediakan.

Katanya, memperkasakan peranan wanita dalam urusan pembangunan negara merupakan sebahagian daripada Visi 2030 Arab Saudi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya