Pengganas kulit putih tiba di Christchurch - Utusan Malaysia

Pengganas kulit putih tiba di Christchurch

BRENTON Tarrant berdepan hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh dan melakukan keganasan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHRISTCHURCH: Pengganas kulit putih yang dituduh membunuh 51 jemaah dalam serangan berdarah di dua masjid tahun lalu, diterbangkan ke sini untuk dibicarakan di mahkamah esok.

Brenton Tarrant tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Christchurch petang ini melalui pesawat Tentera Udara New Zealand dengan dikawal ketat pasukan keselamatan.

Reuters melaporkan, Tarrant mengaku bersalah atas 51 tuduhan pembunuhan, 40 tuduhan cubaan membunuh dan satu tuduhan melakukan keganasan.

Tarrant dibawa ke sini, lokasi dia melakukan serangan berkenaan, dari Penjara Auckland di Paremoremo.

Mahkamah akan memulakan perbicaraan esok.

Sabit kesalahan, dia berdepan hukuman penjara seumur hidup, hukuman yang belum pernah ‘digunakan’ di negara ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya