Nahas pesawat Air India, 16 maut - Utusan Malaysia

Nahas pesawat Air India, 16 maut

PESAWAT Air India Express dari Dubai terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kozhikode Calicut, Kerala. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KERALA: Sekurang-kurangnya 16 terbunuh termasuk kedua-dua juruterbang manakala 123 lagi cedera apabila pesawat Air India Express dari Dubai tergelincir di landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kozhikode Calicut dekat sini malam tadi.

BBC melaporkan, pesawat Boeing 737 itu membawa 190 penumpang dan krew penerbangan, termasuk 10 kanak-kanak.

Penumpang merupakan rakyat India yang terkandas di luar negara akibat Covid-19.

Pesawat dikatakan cuba untuk mendarat pada pukul 8 malam waktu tempatan (10.30 malam waktu Malaysia), ketika hujan lebat monsun melanda Kerala.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya