Muzium Kariye ditukar jadi masjid - Utusan Malaysia

Muzium Kariye ditukar jadi masjid

MUZIUM Kariye yang akan ditukar menjadi masjid. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengarahkan sebuah lagi gereja Ortodoks, yang menjadi masjid sebelum ditukarkan kepada muzium, dikembalikan statusnya sebagai masjid.

Keputusan mengubah Muzium Kariye itu dibuat sebulan selepas Hagia Sophia ditukar statusnya kepada masjid, tindakan yang menimbulkan kritikan Barat.

Sejarah bangunan berusia 1,000 tahun itu hampir sama dengan sejarah Hagia Sophia.

Church of the Holy Saviour di Chora itu merupakan gereja zaman empayar Byzantine dihiasi lukisan dinding abad ke-14 dunia Kristian.

Bangunan itu mula ditukar menjadi Masjid Kariye selepas penaklukan Konstantinopel pada 1453 oleh empayar Uthmaniah.

Selepas Perang Dunia Kedua, masjid itu diubah kepada muzium ketika Turki mengorak langkah menjadi negara sekular. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya