Mesir pindah 'bahan berbahaya' dari lapangan terbang - Utusan Malaysia

Mesir pindah ‘bahan berbahaya’ dari lapangan terbang

KESAN kemusnahan susulan kejadian letupan di pelabuhan Beirut minggu lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Kementerian Penerbangan Awam Mesir memaklumkan telah memindahkan ‘bahan berbahaya’ yang disimpan di lapangan terbang seluruh negara ke kawasan lebih selamat susulan kejadian letupan di Beirut, Lubnan, minggu lalu.

Kementerian mengambil langkah sewajarnya dengan memindahkan bahan tersebut jauh daripada kawasan lapangan terbang dan kediaman.

Kenyataan itu merujuk kepada ‘bahan berbahaya’ yang disimpan di kargo dan gudang di lapangan terbang di sini dan seluruh negara, tanpa memberi maklumat lanjut jenis bahan tersebut.

“Sebuah jawatan kuasa akan menjalankan penilaian komprehensif terhadap semua prosedur penyimpanan ‘bahan berbahaya’ bagi mengelak sebarang risiko,” kata Menteri Penerbangan Awam, Mohammed Manar. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya