Lubnan: Kekecohan yang ‘membingungkan’ - Utusan Malaysia

Lubnan: Kekecohan yang ‘membingungkan’

POLIS anti rusuhan dilontar mercun oleh penunjuk perasaan di depan bangunan Parlimen di Beirut. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANALISIS

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
[email protected]

SEMINGGU selepas berlakunya dentuman dahsyat menggegar kota Beirut, mengorbankan le­bih 200 nyawa manakala 6,000 lagi cedera, pakar bom mendakwa kejadian yang kemudiannya mencetuskan ‘Arab Spring 2.0’ atau rusuhan di Lubnan, berpunca daripada ‘kebakaran peluru berpandu tentera’.

Pendapat Danilo Coppe dari Parmesan, Itali itu sekali gus menyangkal letupan berkenaan berlaku disebabkan ammonium nitrat.

Malam semalam, Perdana Menteri, Hassan Diab pula meng­umumkan peletakan jawatan, di tengah-tengah kemarahan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan yang dimomokkan dengan rasuah, salah guna kuasa dan tidak cekap.

Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Lubnan pada 21 Januari lalu.

Bagaimanapun, pendapat Coppe ‘mengusutkan lagi keadaan’ dan menambah kebi­ngungan rakyat. Peluru berpandu tentera atau ammonium nitrat?

Beliau percaya ammonium nitrat bukannya punca utama. Letupan memusnahkan lebih 300,000 rumah termasuk gudang bijirin yang memungkinkan berlakunya krisis makanan.

Asas yang dipegang Coppe atau dikenali sebagai Mr. Dynamite adalah ammonium nitrat akan mengeluarkan kepulan asap berwarna kuning jika meletus.

“Tetapi letupan pada Selasa lalu, asap berwarna oren keme­rah-merahan. Saya rasa wujud persenjataan di sana (lokasi le­tupan),” katanya.

Peletakan jawatan Hassan sebenarnya tidak membawa apa-apa makna. Lantiklah siapapun sebagai pengganti, Lubnan akan sentiasa bergelumang krisis. Itulah yang diperkatakan banyak pihak.

Sekatan ekonomi khususnya dari Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara Arab sendiri menjadi faktor memburukkan keadaan Lubnan.

Di bahagian selatan pula, Lubnan seperti sudah kehila­ngan wilayahnya apabila ‘masih berperang’ dengan rejim Zionis, memaksa Pasukan Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (Unifil) untuk terus bertahan mengawal kea­daan. Unifil ditubuhkan sejak 1978.

Sampai ke tahun bilakah Unifil akan bertapak di selatan Lubnan? Seperti biasa Zionis pastinya mahukan wilayah yang lebih luas, sebab itu mereka berjaya memperdaya Syria sehingga dapat menguasai Bukit Golan.

Beberapa jam selepas peletakan jawatan Hassan, muncul pula dokumen yang dilihat Reuters mengenai pasukan kese­lamatan yang pernah memberi amaran kepada perdana menteri dan presiden bulan lalu, me­ngenai ancaman beribu-ribu tan ammonium nitrat di pelabuhan.

Dokumen yang mengandu­ngi laporan Ketua Pengarah Ke­selamatan Dalam Negeri me­ngenai ancaman itu merangkumi rujukan surat peribadi kepada Presiden Michel Aoun dan Hassan pada 20 Julai lalu.

Isi surat penemuan siasatan perundangan Januari lalu menyimpulkan bahan kimia itu perlu segera ‘diselamatkan’ (dipindahkan).

Nampaknya amaran tersebut seperti tidak diendahkan sehingga ‘peristiwa hitam’ menyelubungi Beirut.

Kenapa tidak diendahkan juga tidaklah diketahui. Ini menjadi kemarahan rakyat. Mereka melancarkan protes besar-besaran di kota Beirut, seakan-akan ‘Arab Spring’ di Dataran Tahrir, Mesir.

Terpulang kepada kebijaksanaan pentadbiran selepas ini untuk bersama rakyat membanteras rasuah besar-besaran kerana itu menjadi ‘aset’ rakyat merusuh. Masalah ekonomi atau ‘periuk nasi’ rakyat juga perlu diberi perhatian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya