Lubnan di ambang Arab Spring 2.0 - Utusan Malaysia

Lubnan di ambang Arab Spring 2.0

PENUNJUK perasaan mengibarkan bendera Lubnan ketika berdepan pasukan keselamatan di Beirut. Mereka melaungkan rasa marah terhadap kerajaan susulan letupan minggu lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANALISIS

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED [email protected]

KIRA-KIRA 10 tahun lalu, muncul gerakan Arab Spring di dunia Arab, melangkaui Afrika Utara dan Asia Barat, yang berakhir dengan tumbangnya kerajaan di Tunisia, Mesir, Libya dan Ye­men.

Arab Spring juga memunculkan konflik bersenjata yang tidak berkesudahan di Syria dan Iraq.

Bermula di Tunisia, gerakan itu kemudiannya tersebar meluas ke Mesir dengan Dataran Tahrir menjadi saksi amarah penduduk meminta Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan selepas 30 tahun memerintah negara.

Situasi di Beirut ketika ini seakan-akan menyamai Arab Spring. Rasuah, salah guna kuasa dan kelemahan pentadbiran ‘meluapkan’ kebangkitan rakyat untuk turun melakukan tunjuk perasaan.

Sehingga kini, seramai 728 orang cedera ketika bertempur dengan pihak berkuasa ketika polis melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan peserta demonstrasi bantahan.

Mereka merempuh bangunan Parlimen dan seorang anggota polis dilaporkan terbunuh.

Marah penduduk berpunca daripada letupan di pelabuhan dekat Beirut yang mengorbankan 158 orang manakala lebih 6,000 cedera.

Letupan membentuk kawah dengan kedalaman 43 meter.

Mereka mendesak ahli politik meletak jawatan dan dihukum kerana kecuaian ‘menguruskan’ amaran-amaran yang telah diketahui mengenai ancaman ammonium nitrat itu, sehinggalah letupan berlaku dengan sangat dahsyat.

Menyamai apa yang berlaku di Dataran Tahrir, Mesir, di Beirut, penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Syahid atau Martyrs Square, dataran yang cukup bersejarah bagi Lubnan.

Dilaporkan seramai 10,000 orang berhimpun di dataran tersebut, membaling batu ke arah polis.

Penunjuk perasaan meme­cah masuk Kementerian Luar dan membakar potret Presiden Michel Aoun, pemimpin yang didakwa mereka harus dipersalahkan atas segala ‘kekacauan’ yang berlaku.

“Rakyat mahu ‘rejim Beirut’ ditumbangkan.” Demikian teriak penunjuk perasaan.

“Secara rasminya kami sedang berperang dengan kerajaan. Ini adalah satu pepera­ngan,” kata aktivis, Hayat Nazer.

“Mereka memerintah Lubnan selama 30 tahun. Sekarang Lubnan adalah milik kami,” kata seorang lagi penunjuk perasaan.

“Kalian (kerajaan) tidak mempunyai hati perut, tiada moral. Pergi berambus, letak jawatan. Cukup-cukuplah. Apa lagi yang kamu mahu? Kamu membawa kemiskinan, kematian dan kemusnahan kepada kami (rakyat),” jerit seorang wanita.

 

APA MOTIF KEHADIRAN MACRON?

Suasana kelam kabut di Beirut ketika ini ‘diburukkan’ lagi dengan kehadiran Presiden Pe­rancis, Emmanuel Macron.

Ramai pemerhati beranggapan kemunculan Macron di tengah-tengah ‘keributan Beirut’ sebagai satu bentuk campur tangan Eropah di Lubnan, negara yang pernah ‘dikuasai’ Perancis suatu ketika dahulu.

Namun bagi penunjuk pe­rasaan, kehadiran Macron sebagai satu harapan baharu, menghidupkan ‘semangat’ kepada penduduk mendepani kerajaan yang dituduh rasuah dan tidak menjaga rakyat.

Kata-kata penunjuk pe­rasaan, menyamai apa yang berlaku di Mesir.

Menjadi apa Lubnan selepas ini, bergantung kepada susut atau semakin meningkatnya tunjuk perasaan di kota Beirut. Andai semakin meningkat, Arab Spring pastinya menjadi acuan apa yang akan berlaku selepas itu.

Menjadi seperti Syria, tidak mustahil. Begitu juga dengan di Mesir yang sebenarnya masih tidak lagi habis berdepan kekecohan politik­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya