Hubungan UAE-Zionis ‘cakap kosong’, mengarut - Utusan Malaysia

Hubungan UAE-Zionis ‘cakap kosong’, mengarut

BEKALAN elektrik di Gaza terputus selepas loji jana kuasa kehabisan bahan api ekoran sekatan rejim Zionis. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas terus mengecam kesepakatan normalisasi hubungan yang dicapai antara Tel Aviv dan Abu Dhabi, menyifatkannya sebagai ‘cakap kosong’ dan mengarut.

Beliau berkata, kesepakatan itu juga tidak mempedulikan rakyat Palestin.

“Kita mengambil jalan tidak ambil peduli dengan ‘cakap kosong’ tersebut,” katanya seperti dilaporkan Press TV.

Beliau turut menuduh Abu Dhabi membelakangkan Palestin yang telah lama dijajah rejim Zionis di Tebing Barat dan pelbagai sekatan di Semenanjung Gaza.

“Mereka (UAE) membelakangkan segala-galanya, hak rakyat Palestin, negara Palestin, penyelesaian dua negara, dan kota suci Baitulmuqaddis,” katanya.

Pada 13 Ogos lalu, rejim Zionis dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyatakan persetujuan kesepakatan normalisasi hubungan diplomatik, perjanjian yang diusahakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Di bawah perjanjian itu, Israel didakwa bersetuju ‘menangguhkan’ ‘perintah’ meluaskan jajahan di Tebing Barat.

Pemimpin Palestin melihat perjanjian tersebut sebagai ‘menikam belakang’ penduduk Palestin oleh negara Arab.

Dalam pada itu al-Jazeera melaporkan, Yossi Cohen, ke­tua perkhidmatan risikan Israel, Mossad, mengunjungi UAE bagi rundingan keselamatan.

Cohen mengadakan pertemuan dengan penasihat ke­selamatan UAE, Sheikh Tahnoun Zayed al-Nahyan dan membincangkan kerjasama dalam lapangan keselamatan.

Di Gaza, rejim Zionis te­rus melancarkan siri sera­ngan udara dan menyasarkan kedudukan strategik Hamas.

Tindakan rejim Zionis me­nutup laluan barangan di Ke­rem Shalom juga menyebabkan loji jana kuasa terputus bahan api dan menimbulkan krisis bekalan elektrik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya