Houthi rekrut kanak-kanak - Utusan Malaysia

Houthi rekrut kanak-kanak

SEORANG kanak-kanak mengangkat senjata ketika puak Houthi melakukan demonstrasi di Sana's, Yemen. - AP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANA’A: Ketika kanak-kanak berusia 15 tahun, Abdul Aziz Ali al-Dharhani dilaporkan hilang, keluarganya cuba mendapatkan maklumat mengenainya di pejabat pegawai puak Houthi di wilayah Dhale, Yemen.

Puak Houthi yang disokong Iran memberikan jawapan tidak tahu di mana Abdul Aziz berada.

Ahli keluarga kanak-kanak itu yakin pegawai berkenaan menipu kerana Abdul Aziz mengha­diri ‘kelas’ dianjurkan Houthi sebelum hilang.

Bagaimanapun 10 hari kemudian, tokoh Houthi memanggil ahli keluarga Abdul Aziz dan mengucapkan salam atas ‘ke­syahidan’ anak lelaki mereka.

Abdurrahman Barman, aktivis hak asasi manusia Yemen menyiasat kehilangan Abdul Aziz dan mendakwa kanak-kanak itu dihantar ke medan perang dan terbunuh.

Siasatannya mendapati Hou­thi aktif merekrut kanak-kanak.

“Sebelum ini, Abdul Aziz dilihat ramah. Namun setelah mengikuti ‘kelas’ puak Houthi dan diberi ceramah mengenai jihad, Abdul Aziz mengasingkan diri dari keluarga dan rakan-rakan. Dia meninggalkan rumah tanpa memberitahu sesiapa,” katanya kepada Arab News.

Abdurrahman berkata, Hou­thi tidak pernah rasa bersalah merekrut kanak-kanak walaupun mendapat kritikan.

Kerajaan Yemen, kumpulan hak asasi manusia dan pakar mengatakan kisah Abdul Aziz bukannya baharu dan Houthi didakwa merekrut ribuan kanak-kanak untuk berperang.

Gabungan Pemantau Pelanggaran Hak Asasi Manusia Ye­men melaporkan Houthi merekrut 7,000 kanak-kanak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya