Haji 2020 ‘satu nikmat cukup besar’ - Utusan Malaysia

Haji 2020 ‘satu nikmat cukup besar’

JEMAAH haji melakukan tawaf wada’ dalam penjarakan fizikal. – VPO HAJJMEDIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: “Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik dan tidak dapat saya gambarkan betapa ‘indahnya’ diberi peluang menjadi tetamu Allah dalam keadaan dunia diselubungi Co–vid-19.”

Demikian jelas Somayya El-Arabawi, jemaah berasal dari Tunisia, ketika ditanya Saudi Gazette mengenai perjalanan ibadah haji tahun ini sebaik sahaja selesai melakukan tawaf wada’ kira-kira pukul 4 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia) kelmarin.

Malah katanya, apa yang dilalui sepanjang musim haji ini adalah satu nikmat yang cukup besar dikurniakan Allah SWT ketika berjuta-juta umat Islam lain tidak dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Ini susulan tindakan kerajaan Arab Saudi mengehadkan bila­ngan jemaah ekoran Covid-19.

Selain Somayya, jemaah warganegara Syria, Mazen Jamaa; Zakaria dari Bosnia dan Basheerullah Muntajuddin (Bangladesh) adalah antara jemaah yang berkongsi perasaan gembira menjadi tetamu Allah tahun ini.

Ketiga-tiga mereka tidak berhenti mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada kerajaan Arab Saudi atas kelancaran ibadah haji tanpa sebarang gangguan.

Begitu juga dengan Bashir Fadlallah Al-Faeq yang berasal dari Republik Afrika Tengah.

Beliau mengucapkan syukur kerana dapat melunaskan semua rukun haji dalam musim yang luar biasa ini.

“Saya berasa selamat dan ya­kin dengan tindakan pencegahan luar biasa yang diambil pihak berkuasa untuk membendung penularan wabak Covid-19,” katanya.

Jemaah tempatan, Abdul Majeed al-Suhaimi pula berkata: “Ini adalah pengalaman rohani yang tidak dapat saya ungkapkan, syukur Alhamdulillah.”

Katanya, layanan pihak berkuasa serta Kementerian Haji dan Umrah terhadap jemaah tempatan dan warga asing adalah sama.

Abdul Haseeb, jemaah warga India juga tidak menyangka dapat menunaikan haji ketika namanya berada dalam senarai menunggu sebelum ini.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengesahkan tiada laporan jangkitan Covid-19 melibatkan jemaah.

Namun Timbalan Menteri Haji dan Umrah, Dr. Abdulfattah Sulaiman Mashat berkata, para jemaah akan menjalani pemeriksaan perubatan bagi mengesan sebarang jangkitan.

Katanya, mereka akan menjalani kuarantin diri di rumah selama tujuh hari.

“Dengan mengambil semua langkah pencegahan, kerajaan menegaskan kesihatan manusia adalah keutamaan,” kata­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya