GreenPees selesai masalah hancing - Utusan Malaysia

GreenPees selesai masalah hancing

GREENPEES membantu mengurangkan tabiat penduduk Amsterdam yang suka buang air kecil merata-rata. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMSTERDAM: Biarpun bergerak­ seiring kemajuan teknologi dunia, Amsterdam masih berdepan masalah ‘penduduk yang suka membuang air kecil merata-rata’.

Sehubungan itu, pihak berkuasa bandar raya ini mengambil inisiatif meletakkan ‘peti besi’ memudahkan penduduk khususnya gelandangan membuang air kecil dengan cara lebih bersih dan teratur.

Alat yang diberi nama GreenPees itu jika sekali pandang kelihatan seperti pasu pokok, namun mempunyai bahagian terbuka di tepi bagi memboleh­kan orang ramai membuang air kecil.

GreenPees dihasilkan syarikat Urban Senses dan kini terdapat 12 unit diletakkan di seluruh bandar raya ini.

Pereka alat tersebut, Richard de Vries berkata, GreenPees di­letakkan di empat ‘tempat ken­cing awam utama’ di tengah Amsterdam.

“Penggunaan alat itu me­nunjukkan sebanyak 50 peratus ‘aktiviti buang air kecil merata-rata’ dapat dikurangkan di kawasan terlibat,” katanya seperti dilaporkan CNN.

Hasil positif itu menyaksikan pihak berkuasa tempatan me­nempah sebanyak lapan lagi unit GreenPees.

De Vries berkata, alat itu mempunyai banyak faedah terutamanya dalam melindungi bangunan bersejarah daripada dicemari kekotoran.

Alat tersebut turut dilengkapi tanaman hijau, seiring dengan usaha Amsterdam mewujudkan konsep bandar raya hijau.

“Air kencing yang terkumpul dalam alat tersebut akan dijadikan baja organik dan disuling menjadi air untuk tanaman di sekitar bandar raya ini,” kata­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya