WASHINGTON: Sidang akhbar Donald Trump di White House dilaporkan ‘terganggu seketika’ menyebabkan Presiden Amerika Syarikat itu terpaksa ‘diselamatkan’ oleh ejen perkhidmatan rahsia memasuki ke Pejabat Oval.
Al-Jazeera melaporkan, beberapa minit kemudian Trump kembali menemui pemberita di bilik taklimat James S. Brady dan menjelaskan berlaku ‘tembakan’ di luar White House serta keadaan adalah ‘terkawal’.
Katanya, kejadian berlaku berhampiran pekarangan White House dan difahamkan suspek bersenjata telah ditahan.
Setiausaha Perbendaharaan, Steven Mnuchin dan Pengarah Belanjawan, Russ Vought turut dibawa ‘untuk diselamatkan’ ke Pejabat Oval ketika kejadian.
”Ada tembakan di luar White House. Keadaan terkawal,” kata Trump.