70 hari naik bas New Delhi-London - Utusan Malaysia

70 hari naik bas New Delhi-London

ADVENTURES Overland menawarkan perkhidmatan mengembara menaiki bas dari New Delhi ke London dalam tempoh 70 hari. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Syarikat ekspedisi, Adventures Overland menawarkan perkhidmatan pengembaraan dengan menaiki bas dari New Delhi, India ke London dalam tempoh 70 hari.

Berkonsepkan perkhidmatan ‘hop on hop off, bas ke London mampu membawa 20 penumpang di dalam kabin mewah yang diubah suai.

Lapor CNN, bas tersebut akan melintasi 18 negara dengan penumpang berpeluang mengembara ke Myanmar, Tembok Besar China dan bandar bersejarah termasuk Moscow dan Prague.

Syarikat itu ditubuhkan usa­hawan, Tushar Agarwal serta Sanjay Madan.

Menurut Agarwal, idea itu tercetus selepas dia melakukan kembara solo dari London ke Delhi pada 2010.

“Kami dapati pelancong mahu menikmati perjalanan darat tetapi tidak gemar memandu. Jadi timbul idea me­nempatkan pelancong dalam bas dan mereka boleh duduk selesa bagi perjalanan jauh.

“Begitulah lahirnya idea bas ke London,” katanya.

Beliau berkata, bas ke London dijangka beroperasi perte­ngahan tahun depan.

“Waktu terbaik adalah antara April dan Jun. Pada ketika itu cuaca amat sesuai bagi memulakan perjalanan dari India ke Myanmar dan melintasi pergunungan tinggi China serta Kyrgyzstan,” katanya.

Katanya, tiket perjalanan berharga AS$20,000 (RM83,413).

“Mereka boleh memilih sama ada mahu mula dari London atau India kerana sebaik sahaja tiba di London, penumpang sedia ada akan balik menerusi pesawat.

“Kemudian bas akan patah balik dengan 20 penum­pang lain,” katanya.

Pihaknya menerima maklum balas baik sehingga 40,000 orang sudah menyatakan minat menggunakan perkhidmatan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya