Tahap amaran banjir di China ditingkatkan - Utusan Malaysia

Tahap amaran banjir di China ditingkatkan

BANGUNAN dan kawasan ladang ditenggelami banjir susulan hujan lebat di daerah Poyang, wilayah Jiangxi, China baru-baru ini. - REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Pihak berkuasa China menaikkan tahap amaran banjir selepas paras sungai di timur negara ini semakin meningkat susulan hujan lebat yang berlarutan sejak beberapa hari lalu.

BBC melaporkan, amaran itu dinaikkan dari tahap dua kepada tahap tiga selepas paras air di sungai Huai terus merekodkan peningkatan.

Keadaan hujan lebat melanda banyak bahagian di China sejak beberapa minggu lalu, melibatkan kawasan dari barat daya sehingga perairan timur negara ini.

Sekurang-kurangnya 14 orang dilaporkan terkorban di sekatan negara ini akibat bencana banjir.

Selain itu, jutaan penduduk dipindahkan dan ribuan pasukan tentera ditempatkan di seluruh negara bagi membuat persiapan menghadapi banjir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya