KIEV: Seorang lelaki bersenjata yang membawa bahan letupan menculik kira-kira 20 penumpang bas sebagai tebusan di barat Ukraine.
“Seorang lelaki bertindak merampas sebuah bas yang dinaiki kira-kira 20 orang di bahagian tengah Lutsk. Lelaki terbabit memiliki bahan letupan dan senjata,” kata polis daerah menerusi laman Facebook, hari ini.
Menurut pihak berkuasa, beberapa bunyi tembakan kedengaran namun tiada kecederaan dilaporkan setakat ini. – AFP