Islam sering dibuli Trump – Joe Biden - Utusan Malaysia

Islam sering dibuli Trump – Joe Biden

JOE BIDEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Calon Presiden Amerika Syarikat (AS) 2020, Joe Biden berjanji untuk menarik balik larangan kemasukan komuniti Islam daripada beberapa negara Islam jika berjaya ‘me­nyingkirkan’ Donald Trump sebagai pemimpin negara ini.

Biden menyifatkan larangan tersebut sebagai penyalahgunaan kuasa yang ‘direka untuk menyasarkan golongan pendatang berkulit gelap dan coklat’.

Beliau berkata demikian ketika menyertai majlis secara dalam talian anjuran organisasi Islam, Emgage Action.

Biden yang juga bekas Naib Presiden AS menegaskan masyarakat Islam merupakan antara golongan pertama yang ‘diserang’ pentadbiran Trump sehingga menyebabkan kes buli dalam kalangan kanak-kanak sekolah dan jenayah kebencian semakin meningkat.

“Trump sendiri yang menye­marakkan kebencian di seluruh negara menerusi kata-kata, polisi, tindakan dan beliau akan terus melakukannya.

“Di bawah pentadbirannya, kita boleh lihat sentimen Islamofobia semakin meningkat dan seolah-olah tidak terkawal,” katanya seperti yang dilaporkan Saudi Gazette.

Selain itu, Biden melahirkan harapan supaya lebih banyak perkara berkaitan Islam perlu diajar di sekolah bagi mendidik generasi muda mengenai fungsi serta kebaikan sesuatu agama.

Beliau juga menekankan mengenai keperluan Palestin dan Israel untuk mempunyai negara mereka sendiri, terma­suk isu sumbangan umat Islam dalam memerangi pandemik Covid-19.

Kanye WEST TIDAK LAYAK?

KANYE West turut bertanding dalam pilihan raya Presiden. – AGENSI

 

Dalam perkembangan lain, penganjuran majlis kempen calon bebas Presiden AS 2020, Kanye West yang dipenuhi kontroversi dan provokasi mencetuskan kemarahan orang ramai.
West membuat kemunculan dengan memakai jaket kalis peluru bertulis ‘security’, selain menangis ketika berucap di Charleston, South Carolina.

Keadaannya itu menimbulkan keraguan orang ramai me­ngenai kesihatan mentalnya serta keupayaan beliau bersaing secara serius merebut jawatan presiden.

West berucap mengenai beberapa isu yang disifatkan ‘pelik’ termasuk pernah memin­ta isterinya, Kim Kardashian menggugurkan kan­dungan.

Penulis sejarah, Kate Clifford Larson menerusi Twitternya menulis: “West sudah hilang akal. Jangan sesekali menyebut nama Harriet Tubman kerana beliau membebaskan hamba, namun kamu tidak pernah membebaskan sesiapa. Anda cuma tidak berguna.”

West, 43, juga bercakap me­ngenai masalah bipolar yang dihidapinya. – AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya