ISTANBUL: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengadakan lawatan mengejut ke Hagia Sophia, beberapa hari sebelum umat Islam dibenarkan mengerjakan solat selepas muzium tersebut ditukar statusnya kepada masjid.
Al-Jazeera melaporkan, dalam lawatan tersebut, Erdogan melihat sendiri kerja-kerja pertukaran status berkenaan.
Diyanet, pihak berkuasa agama Turki, berkata, beberapa ikon Kristian pada Hagia Sophia akan ditutup ketika waktu solat.
Hagia Sophia ditukar menjadi muzium ketika pemerintahan Mustafa Kemal Ataturk.
Tahun lalu, Erdogan menegaskan apa yang dilakukan oleh Mustafa Kemal adalah satu kesilapan besar.