Covid-19: Sejuta kes dilaporkan dalam masa 100 jam - Utusan Malaysia

Covid-19: Sejuta kes dilaporkan dalam masa 100 jam

PETUGAS kesihatan melakukan ujian swab untuk mengesan Covid-19 di Cochabamba, Bolivia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Kes jangkitan Covid-19 global dilaporkan melepasi 14 juta semalam, sekali gus buat pertama kalinya merekodkan peningkatan sebanyak sejuta kes dalam tempoh kurang daripada 100 jam.

Jumlah kes yang dilaporkan itu berdasarkan perhitungan Reuters.

Lapor portal itu, kes Covid-19 pertama berlaku di China akhir tahun lalu dan telah mengambil masa selama tiga bulan untuk mencapai sejuta kes.

Amerika Syarikat (AS) yang melaporkan lebih 3.6 juta kes positif, masih mengalami peningkatan kes harian yang besar dalam gelombang pertama jangkitan Covid-19.

AS turut melaporkan rekod global harian iaitu lebih 77,000 jangkitan baharu pada Khamis lalu sementara Sweden pula mencatatkan 77,281 jumlah kes sejak pandemik itu bermula.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya