NEW DELHI: Bintang Bollywood, Aishwarya Rai Bachan dimasukkan ke hospital selepas disahkan dijangkiti Covid-19 awal minggu ini.
BBC melaporkan, bekas Ratu Cantik Dunia itu kini dirawat di Hospital Nanavati di Mumbai.
Anak perempuannya, Aarahya turut dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut selepas dijangkiti virus terbabit.
Terdahulu, suaminya, Abhishek dan bapa mertuanya, Amitabh Bachan dimasukkan ke hospital sejak Sabtu lalu selepas dijangkiti Covid-19.
Para peminat aktres tersebut menerusi akaun sosial masing-masing mendoakan agar dia dan keluarganya cepat sembuh dari Covid-19.
India merekodkan 35,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam, sekali gus melepasi angka sejuta.
Situasi itu menjadikan India sebagai negara ketiga tertinggi di dunia merekodkan kes Covid-19 selepas Amerika Syarikat (AS) dan Brazil.