Anak lelaki hakim AS maut ditembak - Utusan Malaysia

Anak lelaki hakim AS maut ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Anak lelaki seorang hakim Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) maut selepas ditembak seorang lelaki yang menyamar sebagai pemandu syarikat penghantaran FedEx dalam satu serangan di New Jersey.

Anak lelaki Esther Salas, Daniel Anderl, 20, ditembak selepas membuka pintu rumahnya, manakala bapanya, Mark Anderl pula cedera parah dan kini dirawat di hospital.

Salas bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Datuk Bandar North Brunswick, Francis Womack berkata, pemuda itu meninggal dunia di tempat kejadian kerana ditembak tepat pada bahagian jantungnya.

Siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengenal pasti suspek serta motif serangan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya