Tun Abdul Razak tegur Melayu suka berjudi - Utusan Malaysia

Tun Abdul Razak tegur Melayu suka berjudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 24 April 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Tun Abdul Razak hari ini menegur sikap segelintir orang Melayu apabila mendapat duit menghabiskannya di meja-meja judi sehingga melupakan rumah tangga, makanan dan pakaian anak-anak serta isteri bahkan turut mengabaikan pelajaran anak-anak mereka.

Orang seperti ini tidak harus diberi pertolongan“, kata Perdana Menteri ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Pekan di Dewan UMNO Pekan, Pahang.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 24 April 1970 – Dua skuadron pesawat Mirage Australia di Timur Jauh akan terus berpangkalan di Butterworth, Malaysia, kata Menteri Pertahanannya Mr. Malcolm Fraser.
  • 24 April 1972 – Pelumba handalan dari Indonesia, Hangky Iriawan, 28 tahun terbunuh dalam satu perlumbaan kereta Go Kart di kawasan Sekolah Yuk Choy, Ipoh.
  • 24 April 1974 – Polis Melaka hari ini menawarkan ganjaran RM2,000 kepada pemberi maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah yang membunuh seorang mata-mata gelap, Sarjan Mejar Lee Yoon Chin.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN