Serang hendap komunis, 7 orang terbunuh di Kedah - Utusan Malaysia

Serang hendap komunis, 7 orang terbunuh di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 9 April 1975, akhbar Utusan Malaysia melaporkan pasukan keselamatan sedang memperhebatkan gerakan memburu pengganas komunis yang telah membunuh tujuh serta mencederakan 14 orang anggotanya dalam dua pertempuran berasingan di Kedah dan Perak.

Dalam kejadian di Kedah, segerombolan pengganas komunis telah menyerang hendap satu pasukan keselamatan di Jalan Gubir-Mong dalam Daerah Gurun mengakibatkan tujuh orang terbunuh dan 10 orang lagi mengalami kecederaan.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 9 April 1975 – Institut Penyelidikan Sains dan Perusahaan Kebangsaan (NISIR) berjaya mencipta simen yang diperbuat daripada sekam padi.
  • 9 April 1976 – Anak seorang penoreh getah, Idris Jarji, 22 tahun dari Parit Medan, Muar, Johor muncul sebagai anak Melayu tungggal yang berjaya mendapat ijazah kepujian kelas pertama dalam bidang ekonomi daripada Universiti Malaya.
  • 9 April 1977 – Kerajaan disarankan supaya mengharamkan sejenis racun serangga cap tengkorak daripada dijual untuk kegunaan awam kerana ianya boleh membahayakan kesihatan manusia.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN