Motobot terbalik, empat mati lemas di Sungai Perak - Utusan Malaysia

Motobot terbalik, empat mati lemas di Sungai Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 14 April 1978, akhbar Utusan Malaysia melaporkan empat orang dipercayai mati lemas, manakala tujuh yang lain terselamat apabila sebuah motobot terbalik di tengah-tengah Sungai Perak ketika menyeberangi sungai berkenaan dari Kampung Teluk Gelanggang, Teluk Intan.

Mereka yang terlibat terdiri daripada satu keluarga yang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Jalan Woo Saik Hong setelah menghadiri majlis perkahwinan di kampung berkenaan.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 14 April 1974 – Kumpulan tarian Akademik Senitari Nasional (ASTANA) berlepas ke Australia untuk mengadakan persembahan kebudayaan di negara berkenaan.
  • 14 April 1976 – Juara tinju heavyweight dunia, Muhammad Ali akan menjalani latihan gusti dengan ahli gusti profesional Syria ‘The Sheikh‘ sebagai persediaannya menentang ahli gusti Jepun, Antonio Inoki pada Jun depan.
  • 14 April 1977 – New Zealand telah bersetuju menghantar tiga orang pakar teknologi makanan ke UPM bagi memberi bantuan untuk satu kajian khas memproses makanan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN