Bumiputera hanya kuasai 2 peratus ekonomi negara - Utusan Malaysia

Bumiputera hanya kuasai 2 peratus ekonomi negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 8 April 1974, Utusan Malaysia melaporkan bumiputera hanya menguasai 2 peratus daripada ekonomi di negara ini, kata Menteri Pembangunan Ekonomi Desa, Tun Ghafar Baba.

Selebihnya dipegang oleh pemodal luar sebanyak 60 peratus manakala orang Cina dan India sebanyak 38 peratus, ujarnya dalam satu majlis wawancara dengan parti Perikatan Negeri Pulau Pinang.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 8 April 1970 – Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Tun Ghafar Baba akan mengadakan rundingan dengan kerajaan Perlis mengenai projek penanaman tebu secara besar-besaran di negeri berkenaan.
  • 8 April 1971 – Kerajaan akan menubuhkan sebuah pejabat konsol dan pejabat perdagangan di Hong Kong pada tahun ini untuk memajukan lagi urusan perdagangan antara Malaysia, Hong Kong dan China.
  • 8 April 1973 – Seniwati Latifah Omar telah menerima satu tawaran berlakon dalam sebuah filem Indonesia berjudul ‘Ratapan Anak Tiri‘ yang bakal diarahkan oleh Sandy Swardi Hassan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN