Pada 3 Mac 1982, Utusan Malaysia melaporkan seorang anggota polis yang sedang melakukan rondaan bermotosikal ditembak mati oleh empat orang perompak selepas melakukan rompakan di Kedai Emas Yew Lee, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Konstabel Yahya Hassan, 23, cedera parah di bahagian kaki dan belakang badan akibat terkena tembakan dan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Besar, manakala perompak tersebut berjaya melarikan barang-barang kemas bernilai hampir RM150,000 dari kedai berkenaan.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 3 Mac 1975 – Sempena Kejohanan Hoki Piala Dunia Ke-3 yang berlangsung di Kuala Lumpur, pihak Syarikat Selangor Pewter telah memperkenalkan lencana menarik yang berlatar belakangkan Malaysia untuk dijual kepada pengunjung.
- 3 Mac 1982 – Dr. L.Narahari dari Kolej Veterinar Madras mendapati bahawa biji getah boleh dikomersialkan sebagai bahan makanan ayam dan itik.
- 3 Mac 1983 – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan semua menteri-menteri kabinet lelaki supaya tidak menyimpan rambut panjang.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]