Pusat pemulihan dadah pertama negara di Dengkil - Utusan Malaysia

Pusat pemulihan dadah pertama negara di Dengkil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 5 Mac 1979, Utusan Malaysia melaporkan Kerajaan Negeri Selangor bersetuju untuk menyerahkan sebidang tanah seluas 400 ekar di Dengkil kepada Kementerian Dalam Negeri bagi membina sebuah pusat tahanan dan pemulihan dadah.

Projek tersebut yang menelan kos jutaan ringgit merupakan projek pertama kerajaan untuk memulihkan penagih-penagih dadah di seluruh negara. Kerja-kerja pembinaannya telah dimulakan dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 5 Mac 1974 – Syarikat Kerjasama Perumahan Guru-Guru Melayu Perlis Berhad bakal melaksanakan projek perumahan berharga RM2 juta bagi membolehkan ahli-ahlinya memiliki rumah yang berkualiti pada harga yang murah.
  • 5 Mac 1977Dian P. Ramlee atau nama sebenarnya Salfarina kini mula berjinak-jinak dalam bidang seni suara kerana keinginannya untuk mewarisi kemasyhuran ibunya, Saloma.
  • 5 Mac 1979 – Seramai 20 orang pelajar Uganda yang sedang menuntut di New Delhi bertindak mengambil alih Kedutaan Uganda menerusi satu tunjuk perasaan membantah rejim Presiden Idi Amin.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN