Penubuhan rasmi Parti Gerakan Rakyat Malaysia - Utusan Malaysia

Penubuhan rasmi Parti Gerakan Rakyat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 27 Mac 1968, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Menteri Kewangan, Tun Tan Siew Sin menyambut baik penubuhan ‘Gerakan’ sebagai sebuah parti politik baru di negara ini bagi memeriahkan lagi perjuangan politik di Malaysia.

Tun Tan yang juga merupakan Presiden MCA memaklumkan, Malaysia yang mengamalkan demokrasi sudah pasti mengalu-alukan langkah yang diambil oleh orang ramai untuk mengambil bahagian secara aktif dalam politik.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 27 Mac 1969Universiti Pulau Pinang bakal memulakan kuliah pertamanya pada bulan Mei ini dengan membuka dua buah kelas sains sebagai permulaan.
  • 27 Mac 1971 – Satu rang undang-undang yang membolehkan perompak-perompak yang menggunakan senjata api menjalani hukuman mati bakal dibentangkan di Parlimen.
  • 27 Mac 1972Penyanyi kumpulan Kugiran Dendang Remaja Melaka, Amelia Ismail, 15 tahun kini semakin popular di negeri berkenaan kerana kemerduan suaranya.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN