Pelajar Politeknik Ungku Omar pulau kelas - Utusan Malaysia

Pelajar Politeknik Ungku Omar pulau kelas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 12 Mac 1980, akhbar Utusan Malaysia melaporkan seramai 1,500 orang pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh hari ini bertindak memulaukan kelas dan berpiket di luar kawasan politeknik kerana tidak berpuas hati berkaitan soal akademik dan kebajikan mereka.

Mereka bertindak memulaukan kelas yang sepatutnya bermula jam 7.30 pagi dan mula berpiket di pintu masuk utama politeknik pada pukul 8.00 pagi.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 12 Mac 1980 – Bekas graduan senireka dan senibina ITM, Mad Anuar Ismail, 28 tahun berjaya memenangi hadiah peraduan pertukangan dan rekabentuk Malaysia menerusi ciptaanya bergelar “Bunga Melayu“.
  • 12 Mac 1983 – Desakan Malaysia supaya PBB menjadikan Benua Antartika sebagai warisan manusia sejagat telah mendapat sokongan penuh daripada Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.
  • 12 Mac 1984 – Dua ekor gajah denak, ‘Bahadul‘ dan ‘Lokimala‘ telah dihantar ke Kampung Buai, 35 kilometer dari Empangan Kenyir untuk operasi pemindahan gajah-gajah liar di kawasan berkenaan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN