Pada 21 Mac 1974, Utusan Malaysia melaporkan seramai enam ahli gerila yang merupakan saki baki ahli komunis bersenjata di Sarawak telah meletak senjata dan kembali semula ke pangkuan masyarakat.
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abdul Rahman Yaakob memaklumkan, saki baki anggota gerila yang digelar Pasukan Gerila Rakyat Sarawak (PGRS), menyerah diri dan keluar dari hutan di Lundu, dalam Bahagian Pertama minggu lalu.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 21 Mac 1973 – Buat pertama kalinya, Bangladesh diundang menyertai Pesta Bola Merdeka pada tahun ini dan perkara ini telah mendapat lampu hijau daripada FIFA.
- 21 Mac 1974 – Majikan Syarikat Securicor bersetuju membayar elaun sara hidup sebanyak RM10 sebulan kepada pekerja-pekerjanya yang bergaji RM300 ke bawah.
- 21 Mac 1975 – Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia (MARDEC) akan memperluaskan lagi aktiviti membeli getah mentah dari pekebun-pekebun kecil dari seluruh Malaysia.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]