MCA pecat 14 pemimpinnya - Utusan Malaysia

MCA pecat 14 pemimpinnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 20 Mac 1984, Utusan Malaysia melaporkan MCA memecat seramai 14 pemimpinnya termasuk Naib Presiden, Tan Koon Swan; Ketua Pemuda, Datuk Lee Kim Sai dan anggota Jawatankuasa Pusat, Tan Sri Dr. Ling Liong Sik berkuatkuasa semalam.

Pengerusi Lembaga Disiplin Parti, Datuk Mak Hon Kam ketika mengumumkan pemecatan tokoh-tokoh berkenaan memaklumkan, tindakan tersebut adalah selaras dengan Fasal 127.1 Perlembagaan MCA dan demi kepentingan parti.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 20 Mac 1979 – Seramai 6,595 pendatang haram warga Vietnam yang mendarat di Malaysia telah dipindahkan ke negara-negara ketiga dari bulan Januari hingga 15 Mac tahun ini.
  • 20 Mac 1980 – Seorang pesara tentera dari cawangan kejuruteraan, Raja Azizi Abdul Rahman, 48, menjadi pengusaha mi Melayu yang pertama di bandar Ipoh.
  • 20 Mac 1982Kementerian Kebajikan Am merancang untuk membina dua buah lagi pusat pemulihan dadah iaitu di Sungai Petani, Kedah dan di Muar, Johor.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN