Malaysia-Thailand lancar 'Selamat-Sawaddee' - Utusan Malaysia

Malaysia-Thailand lancar ‘Selamat-Sawaddee’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 10 Mac 1978, Utusan Malaysia melaporkan pasukan keselamatan Malaysia dan Thailand bakal melancarkan gerakan tentera bersama esok bagi memperkemaskan lagi peraturan gerakan menentang pengganas komunis pada masa hadapan.

Gerakan yang diberi nama Selamat-Sawaddee merupakan yang pertama diadakan antara kedua-dua buah negara walaupun sebelum ini pernah diadakan gerakan yang melibatkan beribu orang anggota tentera di sepanjang sempadan bersama tahun lalu.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 10 Mac 1974 – Tun Abdul Razak menyeru kepada pengganas komunis yang masih berada di Malaysia supaya meletak senjata dan menyerah diri kerana perjuangan mereka selama ini adalah sia-sia.
  • 10 Mac 1975 – Kampung Bemban di Seremban bakal dijadikan satu kawasan projek pengeluaran ternakan dan sayur-sayuran terbesar di Negeri Sembilan di bawah rancangan Buku Hijau.
  • 10 Mac 1977 – Pihak polis sedang menjalankan siasatan rapi bagi mengesan individu yang bertanggungjawab memusnahkan batu nisan di pusara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee di Jalan Ampang semalam.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN