Kakitangan 6 buah bank berpiket besar-besaran - Utusan Malaysia

Kakitangan 6 buah bank berpiket besar-besaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 19 Mac 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan hampir 13,000 orang kakitangan daripada enam buah bank telah melancarkan piket di tujuh buah bandar iaitu Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bahru, Kelang, Melaka, Seremban dan Pulau Pinang mulai hari ini kerana membantah sikap majikan yang enggan menandatangani perjanjian bersama.

Kakitangan dari Chartered Bank, Hong Kong & Shanghai Bank, City Bank, Lee Wah Bank, Overseas Chinese Banking Corporation (OCBC) dan Chung Khiaw Bank akan meneruskan piket sehingga majikan bersedia mengadakan rundingan semula.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 19 Mac 1980 – Keretapi Tanah Melayu (KTM) telah menerima 15 buah koc kereta api berharga RM300,000 setiap unit yang ditempah khas dari Korea Selatan.
  • 19 Mac 1982 – Fakulti Sains UKM bakal melancarkan sebuah kamus biologi untuk kegunaan para pelajar universiti, sekolah menengah serta masyarakat umum.
  • 19 Mac 1983 – Lapangan Terbang Antarabangsa Johor Bahru di Senai telah dinamakan semula dengan nama Lapangan Terbang Sultan Ismail.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN