Kaki botol, judi dan perempuan tidak layak pinjam MARA - Utusan Malaysia

Kaki botol, judi dan perempuan tidak layak pinjam MARA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 7 Februari 1983, Utusan Malaysia melaporkan MARA tidak akan melayan sebarang permohonan pinjaman daripada individu yang `tahi arak‘, `tahi judi‘dan `kaki betina‘ sebagai satu langkah pengenalan nilai-nilai moral kepada peminjam.

Ketiga-tiga aspek tersebut merupakan amalan buruk yang membawa kesan bukan sahaja kepada diri mereka sendiri, malahan kepada segala usaha perniagaan yang mereka jalankan.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 7 Februari 1982 – Perhimpunan agung Parti Berjaya akan diadakan hujung bulan ini bagi meminda perlembagaan parti iaitu mengurangkan bilangan ahli majlis tertinggi daripada 48 kepada 32 orang.
  • 7 Februari 1983 – Iran mengutamakan Malaysia lebih daripada negara-negara lain dalam urusan perhubungan antarabangsa kerana negara ini adalah sebuah negara Islam.
  • 7 Februari 1984 – Muzium Negara bakal memperkenalkan konsep ‘Muzium Bergerak‘ yang pertama di negara ini bagi memberi peluang kepada penduduk desa melihat bahan sejarah negara.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN