Terlibat dalam komunis, Abdullah Ahmad insaf dan bertaubat - Utusan Malaysia

Terlibat dalam komunis, Abdullah Ahmad insaf dan bertaubat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 6 Februari 1977, Utusan Malaysia melaporkan Datuk Abdullah Ahmad yang mengaku terlibat dalam komunis berikrar beliau kini telah insaf, bertaubat dan mahu kembali ke pangkal jalan.

Sekarang saya sedar dan insaf bahawa saya telah tersalah langkah. Saya telah membuat perhitungan politik yang silap,” katanya.

Bekas Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar itu ditangkap dan ditahan di bawah ISA kerana kegiatan membantu Barisan Bersatu Komunis.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 6 Februari 1974 – Seramai 53 orang daripada 689 mahasiswa yang menuntut dalam jurusan kejuruteraan di Universiti Malaya (UM) tahun lalu adalah bumiputera.
  • 6 Februari 1975 – Pertubuhan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) mula mengambil 109 orang pelatih untuk dilatih dalam bidang kejuruteraan pelayaran.
  • 6 Februari 1979Tun Sardon Jubir mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang bagi penggal kedua dalam satu istiadat ringkas di Dewan Undangan Negeri hari ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN