Pada 25 Februari 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan semua kakitangan kerajaan dan keluarga mereka, termasuk yang sakit jantung berlubang, layak menikmati faedah di bawah ‘Skim Rawatan Percuma‘ ke luar negara atas tanggungan kerajaan dengan syarat rawatan itu tidak terdapat dalam negara.
Di bawah skim ini kerajaan juga akan menanggung perbelanjaan salah seorang anggota keluarga berkenaan untuk mengiringi pesakit itu menjalani rawatan ke luar negara.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 25 Februari 1980 – Feri pertama dibina oleh Limbungan Perkapalan dan Kejuruteraan Malaysia (MSE) di Pasir Gudang seberat 300 tan yang berharga RM5.6 juta telah dilancarkan kelmarin.
- 25 Februari 1982 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah memulakan program diploma pengajian strategi dan keselamatan untuk para pegawai tentera dan polis di negara ini.
- 25 Februari 1983 – Romani Md. Noh telah dimahkotakan sebagai ‘Ratu Fesyen Ekspo Perindustrian dan Perdagangan Kedah 1983’ yang berlangsung di Tapak Ekspo, Lebuh Darulaman.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]