Pada 17 Februari 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar hari ini berjaya membongkar rancangan komunis melancarkan projek penyusupan jangka panjang di Semenanjung Malaysia sebagai persiapan perjuangan bersenjata mereka.
“Setakat ini mereka telah mendapat sedikit sebanyak kejayaan dan sebilangan unit mereka telah bertapak di Perak, Pahang, Kedah, Perlis dan Kelantan”, katanya.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 17 Februari 1974 – Sebuah bandar baru yang berkeluasan 1,000 ekar berhampiran Senawang akan dibuka di Negeri Sembilan kata Menteri Besar, Datuk Mansor Othman.
- 17 Februari 1975 – Sultan Perak telah membina sebuah studio rakaman yang berharga hampir RM100,000 lengkap dengan peralatan rakaman di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
- 17 Februari 1977 – Seramai 1,526 orang rakyat Malaysia telah dibenarkan tinggal secara tetap di United Kingdom dalam masa sembilan bulan pertama tahun lalu.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]