Pada 4 Februari 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan sebuah filem berwarna mengenai Universiti Sains Malaysia yang menelan kos sebanyak RM10,000 telah memulakan penggambarannya di Pulau Pinang.
Penggambaran filem berkenaan telah dijalankan di Maktab Perguruan Persekutuan di Gelugor yang diarahkan oleh Marwin Bowman, iaitu pensyarah di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 4 Februari 1975 – Kira-kira RM80 juta duit syiling akan berada dalam edaran menjelang Tahun Baru Cina menurut Gabenor Bank Negara, Tan Sri Ismail Ali.
- 4 Februari 1978 – Skim Sijil Simpanan Premium yang telah dilancarkan oleh Bank Simpanan Nasional sejak 30 Disember lalu sehingga kini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk bandar.
- 4 Februari 1979 – Air di Empangan Klang Gates turun ke paras bahaya (285.75 kaki) hari ini berikutan ketiadaan hujan yang berterusan.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]