Pada 10 Februari 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan sebanyak 11 penerbangan Boeing 737 MAS telah dibatalkan dan menyebabkan keadaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kelam-kabut apabila ramai penumpang terkandas.
Keadaan bertambah buruk apabila 200 orang pramugara dan pramugari mengadakan piket mengejut kerana membantah penggantungan seorang rakan mereka serta tindakan seorang pegawai kanan MAS yang dikatakan memukul seorang pramugara.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 10 Februari 1977 – Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Samad Idris mencadangkan agar diharamkan penggunaan senjata tajam dalam pertunjukan mempertahankan diri di khalayak ramai.
- 10 Februari 1978 – Sebuah badan kebajikan Islam yang dinamakan Persatuan Amar Ma’aruf (PAM) Daerah Bagan Datoh bakal ditubuhkan secara rasmi pada 19 Februari ini.
- 10 Februari 1979 – Lebih 50 buah bukit batu kapur di Perak telah dikesan mengandungi banyak sumber kapur, dolomite dan tanah liat halus.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]