Pada 20 Februari 1983, Utusan Malaysia melaporkan Tun Dr. Mahathir Mohamad melancarkan Kempen Antidadah peringkat kebangsaan dan mengumumkan kerajaan akan menubuhkan satu pasukan Petugas Antidadah di Jabatan Perdana Menteri bagi menyelaraskan semua kegiatan memerangi dadah di negara ini.
Perdana Menteri memaklumkan, pasukan itu akan dianggotai pegawai yang dipinjamkan daripada pelbagai kementerian dan jabatan yang terlibat dalam gerakan antidadah dan akan mempunyai cawangan di setiap negeri.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 20 Februari 1982 – Jabatan Pendaftaran Negara berada dalam peringkat akhir untuk melaksanakan Akta Kahwin Cerai 1976 yang akan dikuatkuasakan 1 Mac ini.
- 20 Februari 1984 – Kerajaan bakal melaksanakan konsep mencantum kampung-kampung yang terletak berdekatan antara satu sama lain untuk dijadikan sebuah bandar kecil yang teratur dan maju.
- 20 Februari 1985 – Sebuah pasar raya di Segamat, Johor yang didapati menjual ikan jenis ‘piranha‘ dikenakan kompaun RM800 oleh Pihak Jabatan Perikanan.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]