Nor Hasliza berjaya menjalani pembedahan jantung - Utusan Malaysia

Nor Hasliza berjaya menjalani pembedahan jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 5 Februari 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan mengenai seorang kanak-kanak, Nor Hasliza Edinan, 5 tahun yang pernah disahkan oleh doktor hanya boleh hidup selama dua bulan sahaja jika tidak menjalani pembedahan segera di luar negara.

Kini, adik Nor Hasliza telah berjaya menjalani pembedahan jantung berlubang di Pusat Jantung Asia di Manila pada 16 Januari lalu dan telah kembali ke tanah air untuk menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 5 Februari 1978 – Artis Hindustan, Hema Malini kini menjadi artis paling terkenal di India dan namanya kini sebaris dengan artis-artis seperti Zeenat Aman, Raakhee, Rekha dan ramai lagi.
  • 5 Februari 1980 – Seorang pengetua di Sekolah Menengah Undang Jelebu, Kuala Klawang, Musa Wahab, 43 tahun telah dilantik sebagai Undang Luak Jelebu yang baru.
  • 5 Februari 1983 – Pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya menyarankan kepada pengamal undang-undang agar mencipta istilah Bahasa Malaysia supaya bahasa tersebut dapat digunakan dengan luas di mahkamah.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN