Pada 12 Februari 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan kerajaan Turkiye yang mengetahui bahawa Perdana Menteri Malaysia, Tun Hussein Onn dari keturunan Turkiye telah menawarkan jasa baik untuk mempertemukan beliau dengan nenek moyangnya di negara berkenaan.
Nenek Tun Hussein, Rugayah Hanum iaitu isteri Datuk Jaafar merupakan seorang wanita Turkiye. Walaubagaimanapun, Tun Hussein tidak dapat memperincikan tempat asal moyangnya itu dan usaha tersebut tidak dapat direalisasikan.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 12 Februari 1978 – Penyanyi pujaan ramai, Uji Rashid kini telah menandatangani kontrak sebagai artis rakaman di syarikat piring hitam milik bumiputera, Trio Musical Industries.
- 12 Februari 1979 – Sebuah kompleks Ibu Pejabat Bomba Negeri Terengganu yang paling moden di negara ini yang menelan kos jutaan ringgit bakal dibina di negeri berkenaan.
- 12 Februari 1980 – Kapal Hai Hong atau Golden Hill yang menceroboh perairan Malaysia serta membawa pendatang haram Vietnam bakal dilelong dengan harga RM150,000 oleh Polis Selangor.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]