Pada 18 Februari 1981, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Lembaga Letrik Negara (LLN) hari ini menandatangani kontraknya yang pertama dengan sebuah syarikat dari Itali bernilai RM33.4 juta untuk pembekalan dan pemasangan turbin projek hidroelektrik di Perak.
Syarikat Hydroart dari Itali tersebut akan mengendalikan perbekalan, pemasangan dan pengoperasian enam unit turbin projek janakuasa hidroelektrik LLN di Bersia dan Kenering di Grik, Perak.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 18 Februari 1983 – Orang ramai khususnya penumpang feri di Pulau Pinang diberi tempoh selama tiga bulan supaya tidak merokok di atas feri atau menghadapi tindakan undang-undang.
- 18 Februari 1984 – Angin puting beliung tropika ‘Domoima’ yang melanda Afrika Selatan telah mengorbankan seramai 175 orang di Mozambique dan 36 orang lagi masih hilang.
- 18 Februari 1985 – UMNO bakal berkembang ke Labuan apabila beberapa cawangan-cawangan parti tersebut bakal ditubuhkan di wilayah berkenaan.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]