Pada 14 Februari 1978, akhbar Utusan Malaysia melaporkan dua orang diplomat Malaysia nyaris maut setelah satu letupan bom berlaku awal pagi di hadapan pintu masuk Sydney Hilton. Letupan ini membunuh dua orang serta mencederakan enam yang lain termasuk seorang wanita yang berada di situ.
Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia, Ben Harun dan Setiausaha Kedua, Mohamed Kassim yang berada beberapa meter dari tempat kejadian terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 14 Februari 1974 – Tabung Amanah Kebudayaan akan ditukarkan namanya kepada ‘Yayasan P. Ramlee’, kata Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Datuk Ali Ahmad hari ini.
- 14 Februari 1975 – Gaji Queen Elizabeth telah dinaikkan kepada 270,000 Pound Sterling (RM1.5 juta) setahun untuk mengatasi inflasi serta pembayaran gaji kakitangannya.
- 14 Februari 1979 – Masalah kekurangan doktor di negara ini bakal diatasi apabila sekumpulan doktor dari Indonesia bakal tiba pada awal bulan Mac ini.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]